Kerja Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia

Dengan hormatnya dimaklumkan Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Negeri Selangor yang beroperasi di Bangi mempelawa semua rakyat Malaysia untuk datang ke Program Temuduga Terbuka seperti maklumat di bawah:

1. Pekerja Sambilan Harian (Gred E17)

Tarikh : 23 Mei 2011 (Isnin)
Tempat : Pejabat Tenaga Kerja Bangi
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Majikan : Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor

Gaji : RM 54.00 Sehari

Syarat Kelayakan :
1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2. Keutamaan yang mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri
3. Calon lelaki akan diberi keutamaan dalam pengambilan

Deskripsi Tugas :
1. Menjalankan tugas memungut, menyunting, merekod dan memproses data bancian/penyiasatan.

Berminat/Cara Memohon:-
1. Sila bawa bersama dokumen-dokumen seperti berikut:
a. 2 Keping Gambar berukuran passport
b. Salinan Kad Pengenalan dan sijil-sjil berkaitan

Penting:
Calon dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan beretika serta sopan dalam sesi temuduga terbuka itu nanti.

No Response to "Kerja Kosong di Jabatan Perangkaan Malaysia"

Post a Comment

vacancy in malaysia

K/Lumpur (164) Selangor (114) Malaysia (84) Johor (32) Kedah (22) P/Pinang (20) Pahang (19) Terengganu (19) N.Sembilan (17) Perak (17) Kelantan (13) Melaka (13) Sabah (10) Putrajaya (9) Serawak (6) Perlis (2)
Powered by Blogger